Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Awas kaki lumba haram di Sibu – Polis

SIBU, 22 Jan : Polis memberi amaran tegas bahawa tidak akan berkompromi dengan individu yang terlibat dengan aktiviti lumba haram di bandar ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat berkata, kegiatan tersebut bukan sahaja mengundang maut kepada ‘samseng jalanan’ ataupun ‘mat rempit’ yang terlibat tetapi turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Nasihat saya terutamanya kepada golongan muda , jangan terjebak dengan aktiviti lumba haram.

Selain menyusahkan ahli keluarga atau mengabaikan undang-undang jalan raya, ia boleh menyebabkan kemalangan, kecederaan atau kematian,” katanya.

Sehubungan itu, Collin berkata, pihaknya akan bertindak lebih tegas dalam membendung gejala berkenaan.

“Tindakan undang-undang, saman serta kompaun akan dikenakan kepada mereka jika masih ingkar kepada arahan daripada penguatkuasa undang-undang,” katanya.

Mengulas mengenai operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (BSPT) Daerah Sibu yang dilaksanakan di Jalan Morshidi Sidek di sini malam kelmarin, Collin memberitahu, sebanyak 51 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan.

Jelasnya, operasi bermula pukul 8 malam hingga jam 10 malam itu disertai seorang pegawai dan tujuh anggota dan telah memeriksa sebanyak 68 buah motosikal dan 33 buah kereta selain enam kenderaan pikap dan enam buah van. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan