Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pelajar universiti di Sarawak bangga terlibat cipta sejarah

KUCHING,  22 Jan : Pelajar beberapa universiti di Sarawak meluahkan rasa bangga kerana mereka berpeluang menghasilkan lukisan mural gergasi bertemakan keistimewaan negeri ini yang bakal dimasukkan dalam Malaysia Book of Records.

Pascella Ghani, 20, pelajar jurusan Seni Bina di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berkata, dia akan menggunakan ‘pengalaman’ menghasilkan mural ketika menyiapkan tugasan universiti sebelum ini.

“Saya berasa berbesar hati kerana terpilih menjadi sebahagian daripada pelukis yang akan menghasilkan mural gergasi ini.

” Antara cabaran utama ialah bagaimana untuk kami bekerja dalam pasukan yang besar dan tidak berkumpul ramai – ramai untuk menyiapkan lukisan ini,” katanya.

Pascella merupakan sebahagian daripada 250 pelukis di Sarawak yang terpilih untuk menyiapkan lukisan mural gergasi bertemakan Sarawak bakal dimasukkan dalam Malaysia Book of Records.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, struktur bersaiz 181 meter itu mempunyai lima elemen utama Sarawak melibatkan kebudayaan, pengembaraan, alam semula jadi, makanan dan perayan.

Sementara itu , seorang lagi pelajar, Bernice Brian,20, berkata, dia berharap agar mural yang dihasilkan nanti dapat ditafsirkan oleh orang ramai sekaligus menjadi sesuatu yang berguna buat mereka seperti menjadi tempat mengambil gambar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan