Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
abdul karim rahman hamzah
abdul karim rahman hamzah

Nusantara beri impak besar kepada ekonomi Sarawak – Abdul Karim

KUCHING, 21 Jan : Sarawak menjangkakan pemindahan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan Timur akan memberi limpahan ekonomi kepada wilayah ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau menjangkakan sektor perdagangan di Sarawak dan Sabah akan menerima impak besar sekaligus memacu ekonomi.

Ujar beliau, Sarawak dan Sabah mempunyai ‘ sejarah yang panjang’ melibatkan perdagangan dan aktiviti ekonomi dengan wilayah Kalimantan di Indonesia.

” Kita merebut peluang ini apabila Sarawak bakal mempunyai tiga pejabat perdagangan iaitu satu sudah beroperasi di Singapura dan dua berikutnya di Brunei dan Kalimantan yang sedikit terganggu pembukaannya berikutan pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas erasmikan Lukisan Mural Bertema Sarawak Terbesar di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan mengulas langkah Indonesia memilih kawasan di Kalimantan yang dinamakan Nusantara sebagai ibu negara baharu mereka.

Pada masa sama , beliaunjuga percaya industri minyak dan gas, pembinaan serta industri makanan di Sarawak akan mendapat manfaat dengan menyertai pembangunan negara jiran terbabit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan