Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

KPDNHEP kaji kekurangan minyak masak di pasaran

KUCHING, 21 Jan : Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan membuat kajian berhubung laporan kekurangan minyak masak pek polibeg sekilogram di pasaran.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Rosol Wahid, minyak dalam bungkusan tersebut merupakan barang kawalan yang diberi subsidi di bawah Program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak (COSS).

“Dari segi dapatan dan maklumat yang kita terima, masalah ini disebabkan oleh syarikat atau individu tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan minyak ini.

“Kemudian mereka botolkan minyak tersebut kerana jika di pasaran, harga minyak botol lebih mahal berbanding minyak sekilogram,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau pelaksanaan dan pematuhan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia di Pasar Komuniti Stutong pada Jumaat.

Sehubungan itu, ujar Rosol, terdapat juga pihak yang tidak layak mendapatkan minyak bersubsidi ini namun berbuat demikian ekoran kenaikan harga sawit di pasaran.

“Mereka yang tidak layak pun membeli minyak ini, sebab minyak ini untuk B40 sahaja. Jadi oleh kerana masalah harga sawit meningkat, mereka terpaksa membeli minyak ini,” tambahnya.

Sebelum ini, Pengarah Penguatkasa KPDNHEP, Azman Adam, berkata penjual runcit dibenarkan untuk mengenakan had pembelian minyak masak pek polibeg sekilogram sebanyak tiga unit bagi setiap transaksi untuk setiap pelanggan berkuatkuasa 19 Januari lepas.

Kebenaran ini, katanya, bertujuan bagi memastikan lebih ramai pengguna berpeluang membeli bekalan minyak masak yang mendapat subsidi kerajaan, khususnya dalam cabaran situasi pandemik COVID-19 sekarang. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan