Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
A man worker in the carpentry workshop, with an injured hand. Accident at work.

Pekerja putus jari, majikan didenda RM20,000

ByBernama

IPOH, 20 Jan : Sebuah syarikat pembuatan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh di sini selepas seorang pekerjanya putus jari telunjuk tangan kiri akibat terkena mata ketam yang sedang berputar semasa menjalankan kerja-kerja mengetam kayu di tempat kerja.

Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak dalam satu kenyataan menyebut syarikat MSBB Engineering Sdn Bhd yang diwakili pengarah syarikatnya, Liew Chee Weng, 53, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Norashima Khalid.

“MSBB Engineering Sdn Bhd sebagai majikan telah gagal untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya semasa bekerja iaitu gagal mengadakan sistem  kerja selamat bagi aktiviti kerja pengendalian jentera ‘surface planer’ sehingga menyebabkan berlaku kemalangan kepada seorang pekerja tempatan berusia 19 tahun. 

“Kemalangan yang berlaku pada pukul 8.40 pagi 19 Mac tahun lepas telah menyebabkan mangsa mendapat kecederaan akibat terkena mata ketam yang sedang berputar ketika sedang menjalankan kerja-kerja mengetam kayu menggunakan mesin ‘surface planer’,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menjelaskan mangsa dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk mendapatkan rawatan dan disahkan putus sepenuhnya hujung ruas jari telunjuk dan tisu terpotong pada hujung jari tengah di  tangan kiri mangsa.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found