Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

BAM kecewa dengan pendirian Lee Zii Jia

KUALA LUMPUR, 20 Jan : Pemain perseorangan lelaki utama negara , Lee Zii Jia telah membuat keputusan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk bergerak sebagai pemain profesional.

Juara All England 2021 yang kini menghuni ranking ketujuh dunia telah menghantar surat peletakan jawatan kepada badan induk itu pada 11 Januari lepas.

Presiden BAM , Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan perkembangan berkenaan sekaligus memaklumkan pihaknya akan mengadakan satu sidang media esok.

“Beliau baru sahaja memenangi satu All England, seharusnya fokus dan kekal pada BAM. Namun, beliau menyatakan bahawa beliau bukan Chong Wei (Datuk Lee Chong Wei) tidak boleh tahan tekanan, mahu mencapai apa yang diinginkan sendiri”, katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad Norza berkata , pihaknya jelas kecewa dengan keputusan Zii Jia selepas menjaga dan membantu pembinaan karier sejak berumur 13 tahun bagi merealisasikan hasratnya untuk menjadi seperti jaguh badminton negara.

Katanya, beliau dan Setiausaha Agung BAM, Kenny Goh yang juga Pengerusi Kejurulatihan dan Latihan telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pemain berusia 23 tahun itu bagi memujuk untuk kekal bersama BAM namun Zii Jia tetap dengan pendiriannya.

Zii Jia mengharungi musim 2021 dengan prestasi tidak konsisten bermula dengan persembahan hambar di tiga kejohanan di Thailand sebelum mencipta sensasi muncul juara All England pada Mac.

Beliau kemudiannya membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik Tokyo yang menyaksikan pemain kelahiran Kedah itu tewas di tangan pemain China, Chen Long di pusingan 16 terbaik.

Selepas membantu skuad negara meraih gangsa Piala Sudirman, beliau kemudiannya berdepan masalah keletihan dan kecederaan dalam beberapa kejohanan disertai termasuk terpaksa menarik diri pada kejohanan Indonesia Master di Bali dan Kejohanan Dunia BWF di Huelva, Sepanyol. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan