Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki ‘nakal’ baling batu ke arah kereta direman

BINTULU, 19 Jan : Lelaki yang disyaki terlibat dalam kes membaling batu ke arah sebuah kenderaan di Jalan Tun Ahmad Zaidi pada awal bulan ini, kini dalam tahanan reman selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bintulu hari ini.

Tangkapan ke atas lelaki berusia 30 tahun itu dilakukan oleh sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu sekitar jam 3.50 petang semalam di sebuah rumah di Kampung Assyakirin. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, turut dirampas sehelai baju, sehelai seluar dan sepasang selipar yang dipercayai dipakai oleh lelaki tersebut semasa kejadian. 

“Dengan tertangkapnya suspek tersebut, polis percaya kes baling batu yang tular ini berjaya diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Terdahulu, tular rakaman ‘dashcam’ di Facebook yang menunjukkan seorang individu tidak dikenali membaling objek keras disyaki batu ke arah sebuah kenderaan yang sedang dipandu. 

Akibat kejadian pada 2 Januari lalu, mangsa menerima lima jahitan di bahagian kepala kerana batu tersebut menembusi cermin hadapan kereta dan terkena kepalanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan