Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penunggang motosikal maut kemalangan di Jalan Kwang Cresent

SIBU, 19 Jan : Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Kwang Cresent di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 1.15 pagi itu, motosikal ditunggang oleh Syvester Saley Ukol, 41, dipercayai terbabas menyebabkan dia terjatuh ke bahagian kiri jalan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke arah pusat bandar dari Pasar Sungai Merah.

“Setibanya di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas berhampiran sebuah sekolah rendah di situ,” katanya di sini hari ini.

Alexson berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Sibu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan