Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
sabung ayam dan judi
sabung ayam dan judi

Bertempiaran lari diserbu polis ketika leka judi sabung ayam

SARIKEI , 19 Jan: Tujuh lelaki yang sedang leka berjudi sabung ayam bertempiaran lari ketika diserbu polis di Skim B, Meradong baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superitendan Polis (DSP) Sekam Anoi berkata, serbuan pada pukul 2.00 petang, 16 Januari lalu itu dilakukan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

Katanya, percubaan suspek yang masing-masing berusia dalam lingkungan 20 hingga 59 tahun itu untuk melarikan diri gagal apabila kesemua mereka berjaya ditahan.
 
“Polis juga berjaya merampas empat ekor ayam yang masih hidup, empat bilah taji dan satu alat  penimbang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sekam berkata, kesemua mereka dikompoun sebanyak RM1,500 setiap seorang atas di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Didalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (PPN) 2021.

Kes katanya,  disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Langkah-Langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962 dan Kesalahan Dibawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Didalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (PPN) 2021.

 “Polis juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan kegiatan sabung ayam dan akan sentiasa menjalankan operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan undang-undang Pelan Pemulihan Negara (PPN)  dipatuhi semua pihak sekaligus membendung penularan wabak COVID -19,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan