Sarawak bina loji rawatan air baharu bernilai RM1.6 bilion di Landeh

KUCHING, 18 Jan: Kerajaan Sarawak akan membina sebuah lagi loji rawatan air baharu di Landeh dengan kos sebanyak RM1.6 billion.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi berkata, loji berkenaan dijangka akan mampu menyalurkan 800 juta liter sehari (MLD) sekiranya siap sepenuhnya.

Katanya, sebagai permulaan, projek itu akan dibangunkan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan pakej yang mampu membekalkan 200 MLD sehari terlebih dahulu.

“Lembaga Air Kuching (LAK) kini berada pada peringkat perancangan untuk pembinaan loji berkenaan.

“Ini bagi memastikan bekalan air di Kuching sentiasa mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke LAK di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan permintaan bekalan air bersih di Kuching meningkat berikutan pembangunan pesat di bandar dan kawasan berhampiran.

Ujar beliau, permintaan bekalan air ini juga turut bertambah di kawasan perindustrian seperti di Zon Perindustrian Bebas Samajaya yang memerlukan 24 MLD bekalan air.

“Kita menjangkakan banyak pelabur akan datang ke Samajaya, maka keperluan air juga meningkat. Namun, LAK sudah bersedia memenuhi permintaan penduduk dan juga kawasan perindustrian ini,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan