Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PDRM sahkan OKT mati mengejut akibat paru-paru berair

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Jan : Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), mengesahkan kematian seorang Orang Kena Tahan (OKT) di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kelantan, kelmarin disebabkan paru-paru berair dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata ia susulan hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bahru, semalam.

“Hasil bedah siasat itu mendapati tiada sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan punca kematian adalah paru-paru berair. Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Azri berkata pihaknya akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Semalam, JIPS dilaporkan menerima laporan seorang OKT lelaki warga tempatan berusia 37 tahun, meninggal dunia pada pukul 4.35 petang. 

OKT tersebut ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta yang sama dan direman empat hari. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found