Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kampung Kemunting dan Gem Park, Bintulu mula dilanda banjir

BINTULU, 18 Jan: Hujan berterusan semalam menyebabkan beberapa rumah di Kampung Kamunting, Lorong 3, di sini mula dinaiki air malam tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintulu, berdasarkan pemantauan yang dilakukan kira – kira pukul 11.50 malam tadi mendapati paras air telah mencecah paras betis dan menjejaskan beberapa kediaman penduduk.

” Pihak Bomba menasihatkan penduduk supaya berpindah bagi mengelakkan mereka terperangkap sekiranya paras air terus meningkat,” jelas kenyataan berkenaan.

Ketika tinjauan dilakukan, laluan utama untuk masuk ke kampung berkenaan masih boleh dilalui oleh kenderaan.

Sementara, JBPM Bintulu turut memaklumkan Germ Park turut dilanda banjir dan setakat ini tiada mangsa dipindahkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan