Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Warga emas tersepit kereta dipandu bertembung dengan lori

SIBU, 18 Jan: Berpantang maut sebelum ajal, demikian nasib dialami seorang warga emas yang terselamat selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian berhampiran Jambatan Durin dekat sini malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, akibat kemalangan berkenaan yang berlaku pada pukul 8.15 malam tadi, mangsa tersepit dalam kereta jenis Proton Wiranya yang dipandunya.

” Mangsa, Seleong Garina berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sibu,” jelas kenyataan berkenaan.

Difahamkan akibat pertembungan berkenaan, kereta mangsa terbabas dan kemudian merempuh tiang di tepi jalan manakala pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan