Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak mahu ‘cabar’ Terengganu selaku kuasa sukan berbasikal di Malaysia

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 17 Jan : Sarawak berhasrat untuk menjadi ‘kuasa baharu’ sukan berbasikal negara seperti Terengganu dengan bersandarkan potensi yang dimiliki negeri ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bagi tujuan berkenaan, pihaknya merancang untuk membangunkan hab sukan berbasikal di negeri ini dan seterusnya memiliki skuad berbasikal profesional yang boleh dihantar menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa.

Ujarnya, perancangan seterusnya juga melibatkan pembinaan velodrom untuk melatih lebih ramai bakat baharu yang boleh diketengahkan dan bukan sekadar bersaing pada pentas Sukan Malaysia (SUKMA) sahaja.

“Terengganu sudah jauh ke hadapan meninggalkan negeri-negeri lain di Malaysia dalam sukan berbasikal, mereka sudah mempunyai pasukan berbasikal bertaraf antarabangsa yang bersaing di Eropah.

” Sarawak juga mahu mencapai tahap berkenaan dan oleh sebab itu kita perlu sentiasa kembangkan minat terhadap sukan berbasikal di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah edisi sulung Kejohanan Berbasikal Piala Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang berlangsung di FAC Road-Politeknik Matang.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Persatuan Berbasikal Sarawak (SCA) ,Alffian Kadri.

Kejohanan ini berjaya menarik penyertaaan lebih 200 peserta dari seluruh negeri serta 28 pasukan yang bersaing dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai fokus sukan berbasikal di Sarawak, Abdul Karim berkata, pada tahun ini kerajaan negeri merancang untuk menganjurkan dua kejohanan berbasikal bertaraf antarabangsa di Bintulu dan Layar.

Berhubung kejohanan berbasikal ini pula, Abdul Karim berkata, ia merupakan antara inisiatif yang dilaksanakan untuk memenuhi minat terhadap sukan berbasikal yang semakin meningkat di negeri ini.

“Selain itu, ia turut berperanan untuk mencungkil serta mengasah potensi atlet pelapis dalam sukan ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan