Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ibu maut dipenggal kepala oleh anak lelakinya

SHAH ALAM, 16 Jan :Polis menahan seorang penganggur selepas disyaki memenggal kepala ibunya di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang, dekat Kuala Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata pihaknya menerima maklumat mengenai seorang wanita berusia 56 tahun dicederakan anak lelakinya berusia 28 tahun pada kira-kira 5.45 petang.

Beliau berkata anggota polis yang tiba di rumah tersebut menemukan mayat seorang wanita di ruang tamu selain terdapat kesan darah di dalam rumah.

“Kejadian disedari oleh seorang anak mangsa yang pergi ke rumah berkenaan selepas gagal menghubungi mangsa. Apabila sampai di rumah, anak mangsa nampak keadaan rumah berlumuran darah dan suspek yang terkejut dengan kehadiran seorang daripada adik-beradiknya itu terus melarikan diri ke belukar di belakang rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata ,suspek yang bersembunyi di dalam belukar tersebut kemudian berjaya ditahan dengan bantuan penduduk kampung.

Menurut Ramli pihaknya merampas sebilah parang yang disyaki digunakan dalam kejadian, yang ditemukan di tandas rumah tersebut.
Beliau berkata suspek menetap di rumah itu bersama ibu dan bapanya manakala adik-beradik lain menyewa di kawasan berhampiran.


“Hasil laporan awal ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek di Hospital Tanjong Karang mendapati dia positif terhadap methamphetamine dan amphetamine,” katanya.


Suspek kini direman hingga 22 Jan depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan