Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Buruh berstatus PATI ditahan kesalahan dadah

MUKAH, 15 Jan : Seorang buruh berstatus pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan polis petang semalam kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, suspek yang berusia 30 tahun ditahan selepas anggotanya yang melakukan serbuan di Jalan Simpang Bukut kira – kira pukul 5 petang.

Katanya, polis kemudian merampas satu beg silang berwarna hitam milik suspek.

” Pemeriksaan terhadap beg berkenaan menemukan satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan berat kasar 41.96 gram,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM4,196 manakala tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.

Ujarnya suspek tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau dan hasil ujian air kencing mendapati PATI berkenaan positif dadah jenis Amphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) , Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan