Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Positif dadah, DAP minta wakil rakyatnya yang ditahan polis beri penjelasan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 15 Jan : DAP Perak meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu memberi penjelasan kepada parti selepas beliau ditahan polis serta didapati positif dadah.

Pengerusinya, Nga Kor Ming (gambar) berkata, parti telah meminta Terence supaya memberi laporan bertulis kepada DAP Perak dan DAP Pusat supaya mereka mendapat ‘gambaran sebenar’ mengenai kejadian itu.

“Saya telah menghubungi Terence semalam dan mengesahkan wakil rakyat kami ditahan polis pada pukul 8.22 malam di sebuah kelab malam, di Bandar Perai Jaya, Pulau Pinang,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah mengesahkan seorang wakil rakyat dari Perak ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai , Bukit Mertajam malam kelmarin.

Ujian air kencing mendapati beliau positif dadah dan difahamkan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Kor Ming berkata, DAP memandang serius isu integriti di kalangan wakil rakyat mereka yang seharusnya memberi teladan yang baik selaku pemimpin. -TVS

Tags: dadah, dap, Perak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan