Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

JPBN Sarawak luluskan 562 penerbangan mingguan bermula hari ini – Lee Kim Shin

KUCHING, 14 Jan : Kekerapan penerbangan ke destinasi-destinasi utama di Sarawak dinaikkan kepada 562 mingguan mulai hari ini berikutan kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), kata Menteri Pengangkutan Negeri , Datuk Seri Lee Kim Shin.

Dengan peningkatan itu, kekerapan penerbangan dari luar Sarawak ke Kuching akan ditambah kepada 279 seminggu, Miri (127), Sibu (83), Bintulu (59), Limbang (tujuh) dan Mulu (tujuh).

“Kini terpulang kepada syarikat penerbangan untuk mula beroperasi pada kekerapan penerbangan baharu. Dengan peningkatan kekerapan penerbangan ini, JPBNS telah mengarahkan semua syarikat penerbangan untuk menyambung semula penerbangan tambang biasa dan tambang murah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kelulusan itu diberikan selepas JPBNS mengambil kira pelbagai faktor termasuk Sarawak telah mara ke Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, lebih banyak permintaan penerbangan berikutan sambutan Tahun Baharu Cina dan jumlah kes baharu COVID-19 yang rendah di Sarawak.

Kelulusan ini juga mengambil kira bahawa pelancong antarabangsa yang memasuki Sarawak melalui Semenanjung Malaysia perlu dikuarantin di Kuala Lumpur, selain mempromosikan industri pelancongan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan