Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gangguan Bekalan Air

Sarawak cadang tubuh entiti bekalan air bersepadu – Julaihi

KUCHING, 14 Jan : Sarawak bercadang menubuhan satu entiti bekalah air bersepadu sebagai sebahagian daripada aspirasi negeri untuk memiliki utiliti bertaraf dunia, kata Menteri Utiliti dan Komunikasi negeri Datuk Julaihi Narawi.

Beliau berkata buat masa ini, Sarawak mempunyai empat pihak berkuasa bekalan air iaitu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB), Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB) dan LAKU Management Sdn Bhd (LAKU).

“Oleh itu, kerajaan negeri sedang mempertimbang kemungkinan melaksanakan entiti bekalan air bersepadu supaya dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan operasi serta kemampanan kewangan,” katanya.

Bercakap pada bengkel ‘Kajian Pembentukan Satu Entiti Bekalan Air dan Badan Korporat Bekalan Air Negeri’ di sini, beliau berkata adalah penting untuk mempunyai sistem utiliti yang cekap dan berkesan untuk meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi negeri itu.

Beliau berharap kajian itu dapat menemukan model yang sesuai bagi satu entiti dan Pihak Berkuasa Air Negeri (SWA) sebagai badan korporat untuk menyelia secara proaktif serta mengurus sumber dan bekalan air di Sarawak secara holistik.

Julaihi berkata penyelarasan dan kerjasama rapat antara agensi bagi memastikan kelestarian sumber air adalah penting bagi memudahkan penyampaian projek pembangunan di Sarawak.

“Sebab itu adalah penting untuk mengukuhkan fungsi dan peranan SWA bagi mengubah fungsi kawal selia kita dan menambah baik perkhidmatan penghantaran bekalan air,” katanya.

Beliau berkata penambahbaikan sistem pemeteran dalam sektor utiliti menjadi antara agenda transformasi digital yang akan dijalankan oleh kementeriannya untuk memodenkan infrastruktur utiliti negeri dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Katanya, di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), program Grid Bekalan Air Sarawak akan dilaksanakan untuk memastikan bekalan boleh dipercayai, di samping meneruskan Program Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) bagi menyediakan air bersih dan selamat ke kawasan terpencil. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan