Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jenayah komersial di Sarawak meningkat 96 peratus – Aidi

KUCHING, 13 Jan: Secara keseluruhan, statistik jenayah di Sarawak bagi tahun lepas menunjukkan penurunan sebanyak 1,573 kes atau 26.28 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Namun demikian, kes jenayah komersial pula menunjukkan peningkatan mendadak iaitu hampir 96.2 peratus.

Berdasarkan perincian oleh Pesuruhajaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail hari ini, sepanjang tahun lepas, sebanyak 2,816 kes jenayah kategori itu dicatatkan pada tahun lepas berbanding hanya 1,460 kes pada 2020.

” Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1, 354 kes atau hampir sekali ganda iaitu 92.6 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Pembentangan Pencapaian PDRM Sarawak bagi 2021 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.

Jumlah kerugian akibat kegiatan jenayah komersial tahun lepas adalah sebanyak RM73.5 juta.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, terdapat sembilan kategori kes yang menjadi penyumbang utama kepada kes-kes jenayah komersial antaranya penipuan jual beli secara dalam talian, Macau scam dan tipu pinjaman yang tidak wujud.

” Kes dari kategori yang disebut telah menyumbang sebanyak 51.91 peratus daripada 2,816 kes di Sarawak dalam tempoh Januari 2021 hingga Disember 2021,”katanya.

Mengulas lanjut, Aidi berkata, PDRM Sarawak berjaya menurunkan kadar indeks jenayah narkotik dan kadar kemalangan pada tahun lepas.

Sementara itu, bagi prestasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik pula, keseluruhannya tangkapan narkotik menunjukkan pengurangan sebanyak 6,607 kes berbanding tahun sebelumnya yang mencecah 10,294 tangkapan.

Tambahnya, perbandingan nilai rampasan pada 2021 mencatatkan kenaikan kepada RM19.8 juta berbanding RM15.5 juta pada tahun sebelumnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan