Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

14 PATI ditahan sejurus mendarat di Sabah

TAWAU, 12 Jan : Seramai 14 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia ditahan oleh pasukan keselamatan di Kampung Hidayat, dekat sini sebaik sahaja memijak kaki di negara ini semalam.

Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, kesemua mereka ditahan oleh Tim Quick Reaction Force (QRF) yang menjalankan Op Benteng di kawasan Jeti Pemunggahan Balak kira -kira pukul 3.40 petang.

“Pasukan QRF yang sedang membuat rondaan mengesan sebuah bot laju membawa sekumpulan individu dalam keadaan mencurigakan.

” Bot itu kemudian beredar secara tergesa-gesa selepas menurunkan kesemua PATI dan pasukan telah mengepung dan berjaya menahan kesemua mereka,” katanya di sini hari ini.

Abdul Karim memberitahu, tiga lelaki dewasa cuba melarikan diri namun berjaya diberkas oleh pihak berkuasa.

” Hasil pemerikasaan mendapati kesemua 14 orang yang ditangkap tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan melakukan kesalahan kerana memasuki Malaysia secara haram melalui perairan Tawau,” katanya.

Katanya, kesemua PATI terdiri daripada empat lelaki dewasa berusia 20 hingga 53 tahun, enam wanita dewasa berusia 17 hingga 69 tahun serta tiga kanak-kanak lelaki berusia 3 hingga 9 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun.

“Berdasarkan penahanan terbaharu ini, kita percaya dalang terlibat masih menggunakan modus operandi yang sama iatu pergerakan yang diatur oleh agen dari Pulau Sebatik menuju ke Tawau,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63. -TVS

Tags: #bm, PATI, tawau

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan