Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Serbegeth Singh meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 12 Jan : Pengulas sukan yang juga bekas pemain bola sepak negara, Serbegeth Singh dilaporkan meninggal dunia petang tadi.

Laman Facebook kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) antara yang menzahirkan ucapan takziah kepada kelurga mendiang yang juga pernah bermain untuk pasukan bola sepak Johor FA.

Sementara itu, Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri , ACP Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Saya masih tidak dapat laporan penuh. Kejadian berlaku lebih kurang 7.30 malam, beliau dipercayai terbabas ketika berbasikal di lokasi kejadian,” katanya.

Berbalik kepada rekodnya ketika beraksi bersama skuad kebangsaan, Serbegeth pernah beraksi pada Piala Presiden Korea Selatan pada 1982.

Mendiang turut mengumpul 61 penampilan mewakili negara sehingga persaraannya selepas beraksi menentang England di Stadium Merdeka pada 1991.

Sepanjang beraksi untuk skuad Harimau Malaya bermula 1982-1991, Shebby telah mewakili negara di tiga temasya Sukan Asia, iaitu 1982 (Delhi), 1986 (Seoul) dan 1990 (Beijing), selain meraih emas Sukan SEA 1989 dan gangsa pada edisi 1985. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan