Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Warga emas AS jalani pemindahan jantung babi

Warga emas AS jalani pemindahan jantung babi

AMERIKA SYARIKAT, 11 Jan : Pasukan perubatan dari Universiti Perubatan Maryland telah mencipta sejarah baru apabila buat pertama kali nya berjaya melakukan pembedahan pindahan jantung menggunakan jantung babi ke atas seorang lelaki di Amerika Syarikat yang menghidap penyakit jantung terminal.

Pesakit kelihatan bertambah baik selepas pembedahan pemindahan jantung babi yang telah diubah suai secara genetik dalam pembedahan pertama seumpama itu di dunia 3 hari lepas, kata doktornya pada Isnin. 

Jika pemindahan ini terbukti berjaya dilakukan, saintis berharap organ babi dapat membantu mengurangkan masalah kekurangan penderma organ.

“Kami tidak pernah terfikir untuk melakukan kepada manusia tetapi ia merupakan pilihan yang lebih baik daripada meneruskan terapinya,” kata pakar bedah Dr Bartley Griffith melalui temubual secara video yang disediakan oleh pihak universiti.

“Tetapi sama ada sehari, seminggu, sebulan atau setahun, saya tidak tahu,” katanya lagi.

Namun, bagi pesakit iaitu David Bennett dari Marylannd, 57 tahun memberitahu peminndahan jantung merupakan pilihan terakhirnya.

“Ia sama ada mati atau pun melakukan pemindahan jantung ini. Saya mahu hidup. Saya tahu pilihan ini mungkin membawa kepada ‘detik hitam’ tetapi ia adalah pilihan terakhir saya,” kata Bennett sebelum pembedahan menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh universiti.

Untuk meneruskan pembedahan eksperimen ini, universiti telah memperoleh kebenaran atas urusan kecemasan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan