Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

JPBN Sarawak siap siaga hadapi bencana banjir

KUCHING, 11 Jan : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kini  bersiap siaga menghadapi sebarang bencana banjir pada musim tengkujuh atau monsun Timur Laut.

Pengerusi JPBN yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata semua agensi di setiap daerah juga telah diarahkan untuk bersiap sedia digerakaturkan pada bila-bila masa.

Katanya, sejumlah 6,705 anggota dari lapan agensi kerajaan akan terlibat, manakala dari segi aset sejumlah 286 bot, 115 lori, 247 kereta pacuan empat roda, tiga helikopter dan tiga kenderaan amfibia akan digunakan semasa misi menyelamat.

“Sejumlah 621 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang boleh menampung sejumlah 185,067 mangsa turut telah disediakan dan mungkin akan ada penambahan PPS dari semasa ke semasa mengikut keadaan,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan, Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Uggah menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada terutamanya mereka yang berada di kawasan rendah dan mudah dinaiki air dan bersedia untuk berpindah segera ke PPS jika diarahkan berbuat demikian.

“Kita di beberapa tempat juga ada pasukan tindak balas kecemasan peringkat komuniti untuk memindahkan penduduk, selain membantu untuk memantau serta mengawal keadaan sebelum anggota bertugas sampai di lokasi.

“Selain itu, dari segi Prosedur Operasi Standard (SOP) di PPS, SOP yang sama masih digunakan di mana bungkusan makanan akan diberikan dan setiap mangsa banjir serta perlu berada di tempat sendiri bagi mengekang penularan COVID-19,” katanya.

Penduduk yang mengalami banjir dan memerlukan bantuan boleh menghubungi JPBN di talian 082-507700 atau 506022  untuk daerah Kuching, 082-673833 (Samarahan), 082-872472 (Serian), 083-320084 (Sri Aman), 083-472866 (Betong), 084-654396 (Sarikei), 084-317934/315653 (Sibu), 013-6689968 (Kapit), 084-872088 (Mukah), 086-331742 (Bintulu), 085-322737 (Miri) dan 085-211744 (Limbang). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan