Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Op kontraban, rokok, bir seludup dan lori bernilai RM295,673.44 dirampas

Ops kontraban barangan bernilai RM295,673.44 dirampas

SIBU, 10 JAN : Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 10 Kem Lanang telah merampas rokok dan minuman keras tanpa cukai serta sebuah lori bernilai RM295,673.44.

Pegawai pemerintah Batalion 10 PGA Sibu, Superintendan Mohammad Hafiz Kadir berkata, rampasan tersebut merupakan kejayaan yang pertama Ops Kontraban dalam tahun ini.

“Pasukan serbuan yang menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis di lokasi berkenaan sekitar pukul 5.30 petang Khamis lalu telah menahan seorang lelaki berusia 33 tahun yang mengaku sebagai penjaga premis berkenaan,” katanya dalam safu kenyataan media pada Ahad.

Hasil pemeriksaan lanjut pasukan serbuan yang diketuai oleh Inspektor Mohd Shaiful Nizar Mohd Yusoff mendapati premis berkenaan telah dijadikan sebagai stor menyimpan barangan tanpa cukai Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM).

Mohammad Hafiz berkata, lelaki tersebut juga gagal mengemukakan sebarang dokumen sah atas pemilikan ke atas barangan yang disyaki di seludup tersebut.

“Pasukan PGA kemudian bertindak merampas 720 katon rokok kretek bernilai RM122,400 dan 400 katon minuman keras jenis bir tin serta 50 katon bir jenis botol masing-masing bernilai RM66,021.12 dan RM7,252.32,” dedahnya

Beliau menambah sebuah lori jenis Nissan Diesel dianggarkan bernilai RM100,000 turut disita sebagai barang rampasan kes.

Suspek terbabit kini direman empat hari sehingga 10 Januari manakala rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sibu untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Kes tersebut disiasat mengikut seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found