Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PBB Sarawak wujud sayap baharu, tumpu pengaruh belia

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 9 JAN: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) meminda perlembagaan parti tersebut untuk mewujudkan satu lagi cabang baharu selepas pergerakan wanita dan pergerakan pemuda.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata cabang baharu itu akan tertumpu kepada permerkasaan pembangunan belia.

Katanya keperluan itu diputuskan setelah mengambil kira kepentingan golongan tersebut dalam memacu hala tuju Sarawak yang lebih berkembang .

“Sekarang kita ada pergerakan wanita dan pergerakan pemuda jadi kita akan wujudkan satu sayap baharu yang tertumpu kepada golongan belia diantara 18 tahun hingga 28 tahun.

“Kerana kita rasakan bahawa golongan ini bersama-sama dengan kita (kerajaan) dalam kita menguruskan negeri ini, bukan sahaja untuk belia tetapi untuk mereka yang berada di pertengahan umur “, katanya pada sidang media selepas mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB ke-13 di sini, malam ini.

Abang Johari yang juga Presiden PBB Sarawak berkata, PBB merupakan sebuah parti yang dinamik, justeru keperluan terhadap kerjasama belia adalah amat dituntut selari dengan peredaran politik dan keadaan ekonomi semasa.

“Dari sudut itu, Sarawak akan bergerak ke arah dasar yang telah kita tetapkan iaitu kearah 2030 dan sebab itu semua mereka yang telah diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus negeri Sarawak ini disarankan untuk bergerak seiring dengan visi baharu kerajaan negeri”, ujarnya lagi.

Mengulas lanjut Abang Johari memaklumkan ketika ini sudah ada jawatankuasa yang ditugaskan untuk meneliti cabang baharu tersebut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan