Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak United FC ikat enam pemain baharu, mahu cabar pasukan Liga Super

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 9 Jan : Sarawak United FC (SUFC) menandatangani enam pemain tempatan baharu bagi menghadapi saingan Liga Super 2022.

Presidennya, Dato Posa Majais berkata, dengan adanya penampilan muka baharu berkenaan, beliau berharap pasukan tersebut mampu meraih kejayaan berganda pada musim ini.

“Kita tidak mempunyai sasaran yang tinggi pada musim ini namun ingin lihat barisan pemain pada musim ini berjaya meraih sesuatu dan jika ia mampu dilakukan, ia merupakan bonus kepada pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas Majlis Menandatangani Pemain Baharu SUFC di Stadium Negeri, di sini hari ini.

Enam pemain tersebut ialah bekas penjaga gol Selangor, Tauffiq Ar Rasyid Johar, tiga pemain pertahanan iaitu Ahmad Tasnim Fitri Mohd. Nasir, Muhammad Amirul Ashraf Ariffin dan L. Kalaiharasan.

Turut menyertai skuad Kenyalang Emas ialah dua pemain tengah iaitu Raja Imran Shah Raja Amin dan Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri.

Mengulas mengenai pemain import, Posa berkata , tiada pemain baharu akan dibawa masuk, sebaliknya hanya mengekalkan beberapa pemain sedia ada pada musim lepas.

“Beberapa pemain telah berhijrah ke pasukan lain dan kita akur dengan keputusan itu,”katanya.

Pada musim lalu , Sarawak United FC menamatkan saingan Liga Perdana selaku naib juara sekaligus mencapai sasaran Ketua Jurulatih, E. Elavarasan untuk layak ke Liga Super musim ini dan beraksi pada Piala Malaysia edisi lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan