Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di Pantai Lok Kawi

ByTVS

KOTA KINABALU, 8 Jan : Mayat seorang lelaki ditemukan dengan kesan terbakar pada bahagian badan di berhampiran Pantai Lok Kawi, Putatan, dekat sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan (DSP) Mohd. Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira -kira pukul 12.30 tengah hari mengenai penemuan mayat berkenaan.

“Sehubungan itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Putatan bergegas ke tempat kejadian dan mendapati terdapat satu mayat di salah satu pondok di kawasan berkenaan, “katanya.

Ujar Mohd. Haris, pemeriksaan oleh pasukan forensik tidak menemui senjata atau wujud unsur jenayah di tempat kejadian.

Bagaimanapun katanya, polis menemui cecair mudah terbakar dan beberapa barangan peribadi termasuk kenderaan milik mangsa di sekitar kawasan berkenaan.

” Berdasarkan maklumat pada kad pengenalan yang ditemui, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 22 tahun, berketurunan Cina dan alamat terakhir di Taman Tanaki, Penampang,”katanya.

Beliau memberitahu mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan