Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

CENTEXS bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad lahirkan kontraktor bertaraf global

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 8 Jan : Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) menjalinkan kerjasama dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk memberikan latihan keselamatan pekerjaan kepada kontraktor yang berdaftar di bawah SEB.

Timbalan Pengarah Akademi Industri CENTEXS, Dr Nadianatra Musa, berkata fokus utama kerjasama tersebut adalah pembangunan kemahiran serta melaksanakan program kecekapan bersama kontraktor dan juga penggiat industri berkaitan yang bernaung di bawah SEB.

Menurutnya, pada tahun ini juga, CENTEXS akan mengetengahkan banyak lagi program bersama SEB, dan salah satunya adalah bangunan automatik pintar.

“Kita mempunyai perancangan juga bersama SEB, banyak lagi program daripada akademi industri (CENTEXS) yang kita nak ketengahkan bersama pihak SEB, termasuk ada permintaan dari segi chargeman, wireman, dan juga pada masa kini, kita mempunyai program baharu, iaitu smart automation building.

“Program baharu mungkin kita boleh ketengahkan juga kepada kontraktor ataupun pihak luar untuk mengambilnya di CENTEXS kerana program-program ini merupakan program yang selari dengan ekonomi digital,” kata Dr Nadianatra.

Sementara itu, Pengurus Kanan (Keselamatan Pekerjaan) SEB, Effendy Syaiful Abdullah, berkata kuota latihan tersebut akan dikembangkan pada masa akan datang dengan melibatkan lebih ramai pekerja dari syarikat berkaitan untuk turut serta.

“Kita boleh kembangkan (kuota peserta latihan) kepada syarikat lain contohnya Telekom Malaysia, yang bekerja di tempat tinggi dan ada aktiviti serupa.

“Sekiranya latihan ini dikembangkan, pihak-pihak lain yang berkenaan akan dapat menerima pakai silibus yang telah diperkenalkan,” jelas beliau.

Kerjasama antara CENTEXS dan SEB ini julung kali diadakan dengan menyasarkan 500 kontraktor berdaftar untuk diberi latihan keselamatan pekerjaan secara berperingkat. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan