Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hujan berterusan tahap waspada di 10 kawasan di Sarawak mulai Selasa

KUALA LUMPUR, 8 JAN : Amaran hujan berterusan tahap waspada telah dikeluarkan oleh Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia). 10 kawasan di Sarawak dijangka mengalami cuaca hujan berterusan bermula 11 Jan (Selasa) hingga 13 Jan ini.

Kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau). Info didapati menerusi ciapan Twitter MetMalaysia pada 12 tengah hari ini.

Amaran tahap waspada atau kuning merujuk kepada keadaan hujan berterusan yang dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan