Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemancing udang jatuh bot ditemukan lemas di perairan Pabong

BATU NIAH, 8 Jan : Seorang pemancing udang yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot terlanggar batang kayu terapung di Sungai Iran Suai, Selasa lalu , ditemukan lemas petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah, Pegawai Bomba Tinggi (PBT II) Rary Binjie berkata, mangsa, Abdul Wadud Dayyan Sastri, 29, ditemui terapung pada pukul 2.28 petang di perairan Pabong, Kuala Suai, kira-kira 17 kilometer (km) dari lokasi dilaporkan hilang.

Kata Rary, dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) berkenaan, pihak bomba telah menggunakan bot aluminium untuk melakukan pencarian secara ‘water surface searching’ dan juga menggunakan peralatan ‘grapling iron‘.

” Mayat mangsa ditemukan kira – kira enam jam selepas operasi SAR hari keempat berlangsung yang dibahagikan kepada dua sektor iaitu sektor A di bahagian hulu dan sektor B di bahagian hilir,” katanya ketika dihubungi TVS di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 5.15 petang itu, mangsa bersama adiknya berusia 25 tahun dalam perjalanan pulang selepas memancing di Sungai Iran dan setibanya di lokasi itu, bot yang dinaiki mereka dipercayai melanggar batang kayu terapung menyebabkan mangsa terjatuh dari bot.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Beluboh, Tukau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan