Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mayat lelaki hampir berulat ditemui di tepi jalan

SIBU, 7 Jan : Mayat seorang lelaki yang hampir berulat ditemukan di tepi Jalan Wong King Huo di sini pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Dr Collin Babat berkata, polis menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira – kira pukul 10.50 pagi tadi.

Katanya, mayat lelaki itu dijumpai dalam keadaan terlungkup di tepi parit dan tidak berbaju selain si mati hanya berseluar panjang celoreng.

“Pemeriksaan yang dilakukan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu mendapati terdapat kesan luka pada bahagian sebelah kanan kepala,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Beliau memberitahu, mayat dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.

” Ketika ini siasatan terperinci sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian.

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan