Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyifatkan, tugas beliau semakin berat selepas dilantik semula memegang jawatan itu

Tugas saya lebih mencabar – Douglas Uggah Embas

KUCHING, 7 Jan : Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyifatkan, tugas beliau semakin berat selepas dilantik semula memegang jawatan itu.

Ujarnya, JBPN kini tidak hanya fokus kepada situasi semasa COVID-19 malah turut membuat pemantauan musim tengkujuh dan banjir yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat.

” Kita mahu mengingatkan rakyat Sarawak supaya sentiasa bersedia terutamanya di kawasan yang mudah dinaiki air.

Jadi, itulah antara tugas JPBN Sarawak. Kita juga fokus bencana lain seperti baru-baru ini berlaku ribut yang telah merosakkan beberapa buah rumah di Bau dan ini menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Douglas Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu dilantik menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi JBPN Sarawak berkuatkuasa semala.

Mengulas lanjut, beliau berkata , tanggungjawab itu juga merupakan penambahan ke dalam portfolionya ketika ini iaitu sebagai pengerusi JPBN Sarawak.

Dokumen tugas jawatan diserahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion yang turut disaksikan Timbalan Ketua Menteri yang juga Penasihat JPBN Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Luar Bandar) Datu Ik Pahon Joyik dan Pemangku Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Rosemawati Ariffin.

Sebelum ini, pada 6 November 2021, Douglas Uggah menyerahkan jawatan Pengerusi JPBN Sarawak kepada Jaul susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak. -TVS

Tags: #Sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan