Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bekas pelajar Sekolah Henry Gurney kongsi pengalaman hidup di forum UNIMAS

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KOTA SAMARAHAN, 7 Jan : Bekas pelajar Sekolah Henry Gurney, Muhammad Izzad Daniel Abdullah yang kini menjadi ‘selebriti media sosial’ akan berkongsi pengalaman hidupnya menerusi Program Pengurusan Seni anjuran Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif , Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Muhammad Izzad Daniel, 23, yang dihantar ke sekolah berkenaan selepas ditangkap polis kerana terlibat kes pecah rumah dan penyalahgunaan dadah akan ‘bercakap secara maya’ bertemakan Peluang Kedua menerusi program itu.

Sehingga kini, anak kelahiran Maran , Pahang itu berjaya mengumpul subscribers mencecah 177 000 di saluran Youtubenya dan kini sedang melanjutkan pengajian Diploma Pengurusan Penerbangan di Kolej Antarabangsa Cybernatics, Kuala Lumpur.

Sementara itu, buat kali pertama , program berkenaan yang dinamakan FACA FEST akan berlangsung sepenuhnya secara dalam talian bermula hari ini hingga 10 Januari yang turut disertai peserta dari Indonesia, Thailand, Jepun, Korea Selatan, Russia, Itali dan Amerika Syarikat.

Pelbagai acara menarik lain akan turut berlangsung termasuklah tips ilmu pengurusan acara secara atas talian selain program International Virtual Art Exhibition yang melibatkan penyertaan negara luar menerusi ruang pameran virtual menggunakan aplikasi artstep.

Beberapa siri webinar juga diadakan bagi memberikan pelajar pendedahan serta perkongsian maklumat termasuklah “Eh, Pengurusan Seni” yang menampilkan Prof. Dr Hatta Azad Khan selaku pengasas program Pengurusan Seni di Malaysia.

Festival ini juga boleh diikuti secara langsung menerusi Facebook rasmi FACA FEST iaitu Faculty of Applied and Creative Arts Festival – FACAFest 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan