Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KINABATANGAN, 5 Jan -- Sebahagian rumah penduduk di Pangkalan Bukit Garam mula dinaiki air selepas paras air Sungai Kinabatangan meningkat naik ketika tinjauan hari ini. Paras air Sungai Kinabatangan mula meningkat naik ke paras 9.06 meter menghampiri paras amaran iaitu 9.30 pagi tadi. -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sarawak setuju wujudkan sistem amaran awal bencana lebih pantas – Abdullah

KUCHING, 7 Jan : Sarawak secara dasarnya bersetuju dengan cadangan Kerajaan Persekutuan untuk memperkenalkan pasukan tindakan khas bagi menggubal sistem komunikasi dan seterusnya mewujudkan sistem amaran awal bencana kepada rakyat.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri , Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak, Datuk Abdullah Saidol berkata, perkara itu wajar dilaksanakan segera terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

Pada masa sama ujarnya, sistem ramalan dan amaran cuaca tidak boleh dipandang ringan malahan sangat penting bagi mengurangkan kesan daripada bencana alam.

” Kita memerlukan struktur gerak kerja khas bagi mewujudkan sistem amaran awal bencana yang lebih pantas, efisien dan efektif,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak, Datuk Abdullah Saidol

Abdullah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa baru – baru ini bahawa sistem komunikasi dan penyampaian maklumat akhir kepada rakyat perlu diperbaiki.

Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa sistem amaran awal banjir ‘lambat’ ketika bencana itu melanda beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka baru – baru ini.

Sehingga kini, polis mengesahkan 54 mangsa terkorban sementara dua lagi masih hilang.

Pada 24 Disember lalu, jumlah kerugian yang dialami negara akibat bencana itu dianggarkan mengakibatkan kerugian sebanyak RM15 bilion kepada ekonomi negara.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, kewujudkan sistem berkenaan kelak juga akan memastikan sumber maklumat yang hendak disebarkan adalah tepat, cepat dan paling penting, boleh dipercayai.

“Sekiranya sistem amaran awal bencana diwujudkan, ia dapat membolehkan masyarakat untuk bersiap sedia menghadapi bencana yang berlaku,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan