Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak gesa syarikat penerbangan tidak naikkan harga tiket

KUCHING, 6 Jan : Kerajaan Sarawak berharap agar syarikat – syarikat penerbangan tidak menaikkan harga tiket membabitkan penerbangan masuk ke negeri ini.

Menteri Pengangkutannya, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, ini kerana kerajaan negeri menjangkakan akan berlaku peningkatan tempahan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina pada bulan depan.

” Sehubungan itu, Kementerian Pengangkutan Sarawak meminta syarikat – syarikat penerbangan supaya mengemukan permohonan tambahan penerbangan masuk untuk dipertimbangkan oleh Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Sebelum ini, isu harga tiket penerbangan ke Sarawak yang mahal sering menjadi rungutan malahan pada satu ketika, kadar yang dikenakan oleh syarikat -syarikat penerbangan pernah mencecah RM1,100 hingga RM3,300 bagi penerbangan dua hala dari Kuala Lumpur ke Kuching atau Miri.

Sementara itu, Kim Shin turut memaklumkan penerbangan sulung antara Singapura dan Miri oleh syarikat penerbangan Scoot Tigerair Pte. Ltd. yang dijadualkan bermula pada 19 Januari ini ditangguhkan.

Katanya, ini kerana syarikat berkenaan masih di peringkat menyelesaikan beberapa perkara dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).

” Oleh itu, mungkin syarikat berkenaan akan membuat pengumuman mengenai penerbangan sulung mereka pada satu tarikh kelak,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan Sarawak menerima lampu hijau daripada Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mengenai permohonan Scoot Tigerair Pte. Ltd. untuk mengendalikan penerbangan dua kali seminggu antara Singapura dan Miri yang akan bermula pada bulan ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan