KUCHING, 6 Jan : Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz di Wisma Sumber Alam semalam.
Turut hadir ialah Menteri Muda Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Dan Perhubungan Negeri-Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Kunjungan hormat tersebut membincangkan perkara berkaitan dengan tindakan susulan yang perlu diambil selaras dengan Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA) di antara kerajaan Sarawak dan Petronas. Perbincangan juga menyentuh usaha pengalakkan pembangunan struktur komersil atau harga gas kompetitif yang akan menarik pelaburan selanjutnya di Sarawak untuk huluan dan hiliran serta sektor perindustrian.-TVS