Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MUKAH, 4 Dis -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) hadir pada Majlis Perasmian Lapangan Terbang Baharu Mukah, Sarawak hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Abang Jo dan barisan kabinet baharu berkeupayaan pacu kecemerlangan Sarawak – PM

KUALA LUMPUR, 6 Jan : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan keyakinan bahawa kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dibantu barisan Kabinet baharu akan membuat Sarawak terus cemerlang.

Beliau turut berharap barisan Kabinet baharu terdiri daripada 10 menteri dan 26 menteri muda yang telah mengangkat sumpah secara maya Selasa lepas, dapat menabur lebih banyak jasa dan bakti kepada rakyat Sarawak.

“Saya ucapkan tahniah kepada barisan Kabinet yang baharu. Semoga dengan pemilihan baharu ini, barisan Kabinet yang diketuai oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dapat menabur lebih banyak jasa dan bakti kepada rakyat Sarawak,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook.

Majlis angkat sumpah barisan Kabinet baharu Sarawak dan menteri-menteri muda pada 4 Jan itu melakar sejarah tersendiri apabila berlangsung secara maya menyaksikan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud menerima pelantikan mereka di Astana Negeri dengan istiadat dijalankan secara fizikal di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Abang Johari, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gedong dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), telah mengangkat sumpah pada 18 Dis lepas setelah gabungan politik tempatan itu memenangi Pilihan Raya Negeri ke-12.

GPS, yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), telah memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN yang dipertanding dalam pilihan raya itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan