Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 5 Jan -- Barangan yang dirampas dipamerkan kepada pengamal media pada sidang media di Menara KPJ hari ini. Pada 1 Januari 2022, JSJK Bukit Aman melancarkan operasi di sekitar Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor bagi mengesan dan menangkap dalang yang terlibat dengan ?satu sindiket penipuan pelaburan forex, melibatkan kerugian lebih RM2 juta.??Hasil operasi, seramai 10 individu warganegara tempatan berusia lingkungan 29 hingga 64 tahun terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita telah berjaya ditahan kerana disyaki terlibat dengan sindiket penipuan pelaburan.??-- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA??

“Datuk” antara 10 individu ditahan terlibat skim penipuan pelaburan Forex

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Jan : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 10 individu, termasuk seorang bergelar “Datuk”, yang disyaki terlibat dalam skim penipuan pelaburan forex di sekitar Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor, Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita berusia dari 29 hingga 64 tahun.

Beliau berkata pihaknya turut merampas pelbagai barang antaranya sembilan kenderaan mewah, 64  jam tangan dan lima jongkong emas seberat lima kilogram, dianggarkan bernilai hampir RM127 juta.

“Sindiket ini dikenali sebagai Pelaburan Forex GCG Asia dan aktif sejak 2018 dan kesemua suspek berperanan sebagai broker, ejen pencari pelabur, pengurus kewangan dan pemilik akaun.

Sindiket ini menyasarkan warga tempatan sebagai mangsa dan mereka mempromosikan pelaburan berasaskan forex dengan kadar pulangan secara mingguan antara 12 hingga 14 peratus daripada jumlah modal yang dilaburkan,” katanya dalam satu sidang media khas di sini semalam. 

Mohd Kamarudin berkata sindiket berkenaan memberitahu para pelabur mereka bahawa wang pelaburan akan dilaburkan oleh syarikat GCG Asia dalam pelbagai medium untuk menjana keuntungan yang besar.

Menurutnya, pelabur akan diberi pautan laman sesawang pelaburan bersama dengan kata laluan dan akan dapat melihat jumlah keuntungan yang diterima namun keuntungan tersebut tidak dapat dipindahkan atau ditunaikan.

“Sindiket ini kemudian akan memutuskan perhubungan komunikasi dengan pelabur setelah mendapat jumlah pelaburan besar dan memberhentikan operasi skim pelaburan berkenaan secara tiba-tiba. Pelabur yang tidak berpuas hati akan merasa diperdaya kerana tidak mendapat pulangan keuntungan yang dijanjikan.

Sehingga kini, sejumlah 23 kes sedang disiasat berkait penipuan Pelaburan Forex GCG Asia melibatkan kerugian berjumlah RM2.9 juta,” katanya.

Beliau berkata sembilan daripada suspek direman sehingga semalam manakala seorang lagi direman semalam dan permohonan untuk melanjutkan reman mereka sedang dilakukan. 

Empat daripada suspek juga didapati mempunyai rekod jenayah dalam kes penipuan.

Kamarudin berkata, hasil siasatan setakat ini, tiada sebarang orang kenamaan (VIP) yang terlibat dengan sindiket ini.

“Dalang berusia 40 tahun bergelar ‘Datuk’ yang menamakan dirinya sebagai ‘Datuk Seri’ dalam modus operandi mereka. Beliau juga mempunyai latar belakang pendidikan ijazah sarjana dalam bidang ‘Business Administration’ (Pentadbiran Perniagaan),” katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya dengan iklan-iklan promosi pelaburan di media sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat dan sebagainya.

Katanya orang awam perlu membuat semakan terhadap status skim pelaburan dan syarikat yang menawarkan pelaburan tersebut sama ada dilesenkan oleh pihak Bank Negara Malaysia atau tidak dalam menjalankan aktiviti pelaburan.

“Membuat pengesahan akaun, dan talian telefon terlebih dahulu melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ untuk mengenal pasti sama ada akaun tersebut pernah terlibat dalam kes penipuan ataupun tidak sebelum membuat sebarang transaksi bayaran.

Sila laporkan kepada CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 jika mempunyai apa-apa maklumat berkenaan sindiket penipuan yang terdapat di media sosial,” katanya. – TVS

Tags: forex, scam

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan