Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk dan cucu hilang dalam hutan di Kampung Binyok, Kota Samarahan

Datuk dan cucu hilang dalam hutan di Kampung Binyok, Kota Samarahan

KUCHING, 5 Jan : Seorang lelaki warga emas bersama cucu perempuannya berusia 12 tahun dilaporkan hilang ketika masuk ke dalam hutan di Kampung Binyok, tengah hari tadi.

Menurut maklumat Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, warga emas berkenaan yang dikenali sebagai Aidil Junit ,72, masuk ke hutan berkenaan bersama cucunya, Nurul Shuhada tengah hari tadi untuk mencari buah asam.

JBPM negeri menerima laporan kehilangan dua individu itu pada pukul 7.13 malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.

“ Mangsa iaitu Nurul Shuhada pada mulanya dapat menghubungi PGO Sarawak dan ketika itu pejabat operasi meminta supaya dia menghantar lokasi menerusi aplikasi WhatsApps namun gagal kerana difahamkan telefon bimbitnya hampir kehabisan bateri,” jelas kenyataan berkenaan malam ini.

Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan bersama penduduk kampung dan 14 orang anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan.

“ Pasukan penyelamat memaklumkan mendengar suara jeritan mangsa namun kedudukan mangsa belum dapat ditemui,” jelas kenyataan itu lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan