Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penduduk Sarikei diingatkan waspada fenomena air pasang besar

SARIKEI, 5 Jan : Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan tebing sungai diminta berwaspada dengan keadaan air pasang besar berikutan fasa Monsun Timur Laut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor , Nicholas Belulin berkata, ketika ini, pihaknya giat melakukan pemantauan berskala mengikut data pasang surut air.

Nicholas Belulin, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor

” Selain pemantauan oleh pihak Bomba, penduduk setempat juga perlu peka dan memaklumkan segera kepada pihak berkuasa mengenai kenaikan paras air yang boleh menyebabkan banjir terutamanya ketika hujan lebat,” katanya di sini hari ini.

Pada masa sama, Nicholas turut menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan tinggi supaya berwaspada ketika hujan lebat memandangkan boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh.

Sementara itu, beliau memberitahu, berdasarkan pemantauan di Pakan , Meradong serta kampung-kampung yang berhampiran dengan Sungai Batang Rajang, kawasan itu dikenal pasti sebagai lokasi berisiko dilanda banjir.

” Limpahan air sungai berkenaan sering menyebabkan jalan – jalan di kampung sekitar ditengelami air sehingga 0.2 meter hingga 0.5 meter yang berisiko kepada penduduk,” katanya.

Sehubungan itu katanya, Bomba Bintangor turut aktif berkomunikasi dengan Jabatan Pengairan dan Saliran setempat untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung bacaan paras air sungai.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, di Julau pulau, setakat ini keadaan masih terkawal namun pihaknya tetap bersiap sedia sekiranya hujan lebat berterusan boleh menyebabkan jalan – jalan di kawasan itu ditenggelami air sekaligus menyebabkan penduduk terputus hubungan.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah mengenal pasti sebanyak 22 kawasan di Bintangor sebagai lokasi berisiko berlaku bencana banjir termasuk di sepanjang tebing sungai dan kawasan pedalaman. -TVS

.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan