Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sabah giat naik taraf Tongod sebagai pusat pelancongan negeri

TONGOD, 5 Jan : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah telah meluluskan sebanyak 12 projek kecil pembangunan pelancongan di daerah ini.

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, ia membabitkan projek dengan kos di bawah RM20,000 bagi menyokong usaha pembangunan pelancongan luar bandar berasaskan komuniti.

Ujar beliau, antara yang diluluskan termasuklah Rumah Besar Cina yang menerima peruntukan dinyatakan bagi kerja – kerja naik taraf sebagai tempat pameran sejarah dan warisan masyarakat Cina.

“Semua usaha ini dilakukan untuk meningkatkan lagi jumlah kemasukan pelancong ke Sabah dan membantu meningkatkan ekonomi rakyat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Taklimat Pembangunan Daerah di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Mengulas lanjut, Jafry berkata, Majlis Daerah Tongod turut menerima peruntukan sebanyak RM40 000 bagi melaksanakan kerja menaik taraf tugu Heart of Sabah yang menjadi mercu daerah berkenaan. -TVS                            

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan