Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

WHO: Omicron menunjukkan gejala ringan

Menurut Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa lepas, varian Coronavirus Omicron menunjukkan bukti bahawa varian tersebut menjejaskan saluran pernafasan atas, menyebabkan gejala yang ringan daripada varian sebelumnya.

Pengurus Insiden WHO, Abdi Mahamud menerangkan bahawa banyak kajian menunjukkan Omicron menjejaskan bahagian atas badan tidak seperti yang lain, penyakit radang paru-paru yang teruk. Walaupun hal ini dikira sebagai berita baik, kajian yang lebih lanjut perlu dilakukan untuk membuktikannya.

Memandangkan penemuan pertama varian yang banyak bermutasi adalah pada November lepas, data WHO menunjukkan bahawa ia telah menular dengan cepat dan telah muncul sekurang-kurangnya dalam 128 buah negara.

Kadar kemasukan hospital dan kematian kini lebih rendah berbanding fasa sebelum dalam pandemik ini walaupun bilangan kes telah melonjak ke rekod sepanjang masa.

“Kita akan mempunyai bilangan kajian yang baik, apa yang kami perolehi dari Africa Selatan adalah bahawa vaksin masih mampu melindungi diri dari kemasukan hospital, penyakit teruk dan kematian, ternyata bahawa itulah tujuan vaksin sebenar. Cabaran sebenar adalah bukan vaksin namun melakukan vaksinasi di populasi yang terdedah.

Namun begitu, Mahamud juga menyuarakan amaran ketika bergantung harap terhadap data yang hanya dari Africa Selatan, atas sebab ia mempunyai populasi muda, antara faktor lain.

Menurut beliau lagi, Omicron menular dengan cepat juga mampu jadi varian dominan dalam beberapa minggu di kebanyakan tempat. Oleh itu, hal ini akan menimbulkan ancaman kepada sistem perubatan di negara yang sebahagian besar penduduknya masih belum divaksinasi.

Ditanya sama ada vaksin khusus Omicron diperlukan, Mahamud berkata masih terlalu awal untuk menyatakan tetapi menyuarakan keraguan dan menegaskan bahawa keputusan itu memerlukan penyelarasan global.

Tags: omicron

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan