Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Persatuan Bekas Polis Malaysia buat laporan terhadap individu hina Agong

KUALA LUMPUR, 4 Jan :Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) membuat laporan polis terhadap individu yang bertanggungjawab melancarkan petisyen Hilang Kepercayaan Terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara dalam talian.

Presiden PBPM Mokhtar Omar berkata tindakan individu itu adalah satu penderhakaan dan menghasut rakyat membenci institusi raja-raja.

“Kami mahu PDRM (Polis Diraja Malaysia) menjalankan siasatan menyeluruh terhadap individu yang melancarkan petisyen berkenaan dan mereka yang menyokongnya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini petang tadi.

Beliau berkata pihaknya akan mengarahkan cawangan persatuan itu di peringkat negeri untuk membuat laporan polis mengenai isu sama di negeri masing-masing.

Katanya perkongsian yang diterima melalui aplikasi WhatsApp menunjukkan bahawa petisyen itu telah ditandatangani oleh 1,295 individu.

Petisyen itu dipercayai telah dipadam berikutan carian Bernama di laman sesawang Change.org tidak membuahkan berhasil.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan