Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Majlis sosial dibenarkan di Sarawak tertakluk SOP Fasa 4, PPN

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 4 Jan : Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi beberapa lagi kelonggaran termasuk penganjuran majlis sosial di Sarawak, selaras dengan peralihan negeri ini ke Fasa Empat, Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berkuatkuasa hari ini.

Menerusi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan, antara aktiviti yang dibenarkan adalah penganjuran kenduri dan majlis pernikahan.

Bagaimanapun, urusan akad nikah dan pernikahan tertakluk kepada SOP yang ditentukan oleh Majlis Islam Sarawak bagi agama Islam dan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi bukan Islam.

Kehadiran yang dibenarkan adalah maksimum seramai 350 orang sahaja atau 50 peratus kapasiti premis pada satu-satu masa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MKN, penganjur bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan hanya individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap COVID-19 dibenarkan hadir tertakluk kepada kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal.

Dalam pada itu, jemputan digalakkan menjalankan ujian saringan kendiri sebelum menghadiri aktiviti sosial berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan