Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pelakon Emma Watson suarakan solidariti dengan Palestin

ByBernama

WASHINGTON, 4 Jan : Pelakon British Emma Watson menyuarakan solidariti bersama aktivis pro-Palestin di media sosial, sehingga menimbulkan tentangan daripada para pegawai Israel dan juga pujian daripada pengguna media sosial yang pro-Palestin, lapor Agensi Anadolu (AA).

Pelakon terkenal dengan watak Hermione Granger dalam filem Harry Potter pada Ahad, telah menyiarkan semula gambar Bad Activist Collective yang sebelum ini dimuatnaik pada Mei lalu di Instagramnya, memaparkan dengan jelas aktivis pro-Palestin berarak dengan perkataan “Solidarity is a verb” (solidariti itu kata kerja).

Watson turut menyelitkan petikan daripada sarjana British-Australia Sara Ahmed, yang berkata “Solidariti tidak bermaksud perjuangan kita adalah perjuangan yang sama, atau kesakitan yang dirasai adalah yang sama, atau harapan kita adalah demi masa depan yang sama.”

“Solidariti melibatkan komitmen, dan usaha, serta pengiktirafan bahawa walaupun kita tidak mempunyai perasaan yang sama, atau kehidupan yang sama, atau tubuh yang sama, tetapi kita hidup di tempat yang sama,” tambah petikan itu.

Hantaran Watson mendapat pujian meluas daripada pengguna Instagram pro-Palestin, dengan beberapa orang mengucapkan terima kasih atas sokongannya dan menyiarkan emoji bendera Palestin di bahagian komen, kebanyakannya dengan hashtag #FreePalestine dan #PalestineWillBeFree.

Watson dilantik duta muhibbah Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan peranan besarnya dalam dunia pementasan.

Utusan PBB Israel, Gilad Erdan, bagaimanapun mengkritik sekeras-kerasnya hantaran Watson, membidas kenyataan bintang itu di Twitter dengan berkata; “Fiksyen mungkin berlaku dalam Harry Potter, tetapi ia tidak berguna dalam dunia realiti.” 

Kenyataan itu disokong Utusan PBB sebelumnya, Danny Danon, yang menuduh Watson ” sebagai anti-Yahudi.”

Leah Greenberg, pengarah eksekutif bersama, kumpulan advokasi Indivisible Guide, menolak tuduhan Danon sambil menyatakan bahawa ia adalah “demonstrasi yang sangat jelas di mana alasan anti-Yahudi yang sinis dan jahat digunakan untuk menghalang asas solidariti dengan rakyat Palestin.” – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan