Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID: Kes harian di Sarawak terus menurun

KUCHING, 4 Jan : Jumlah kes harian baharu COVID-19 di Sarawak terus menurun dengan 12 kes dilapor semalam, angka harian terendah sejak jumlah kes penyakit itu meningkat mendadak sejak akhir tahun lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan semalam, bagaimanapun memaklumkan satu lagi kematian akibat penyakit itu direkodkan melibatkan seorang lelaki berumur 78 tahun.

Penurunan kes harian direkodkan pada angka dua digit sejak 4 Dis lepas itu turut melaporkan tiada kes baharu jangkitan paru-paru yang memerlukan ventilator, satu kes memerlukan oksigen, dua kes jangkitan paru-paru dan hanya sembilan kes mengalami gejala ringan atau tiada gejala.

Daerah Bintulu mencatatkan empat kes baharu diikuti Lawas dan Kapit masing-masing dua kes, manakala satu kes masing-masing di Miri, Kuching, Samarahan dan Bau, sementara tiada kes baharu dilaporkan di 34 daerah lain di negeri ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan