KUCHING, 1 Jan : Sarawak melabuhkan tirai 2021 dengan mencatatkan kes harian baharu COVID-19 terendah pernah dicatatkan tahun lepas dengan 14 kes.
Kali terakhir Sarawak mencatatkan kes harian COVID-19 terendah adalah pada 28 Dis lepas dengan 19 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan daripada jumlah kes baharu semalam, dua kes melibatkan jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan manakala 12 kes lagi bergejala ringan dan tidak bergejala.
“Pertambahan kes hari ini (Jumaat) juga menjadikan jumlah kumulatif kes di Sarawak kini 252,300,” menurut JPBN. – TVS