Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JUMLAH NEGARA BERISIKO TINGGI VARIAN OMICRON KINI 18 - KHAIRY
PUTRAJAYA, 28 Dis -- Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada sidang media di Kementerian Kesihatan hari ini.
-- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA


PUTRAJAYA, Dec 28 -- Health Minister Khairy Jamaluddin during press conference at the Health Ministry today.
-- fotoBERNAMA (2021) COPY RIGHT RESERVED


Jumlah negara berisiko tinggi varian Omicron kini 18 – Khairy

ByBernama

PUTRAJAYA, 28 Dis : Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata bilangan negara yang dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi susulan penularan varian Omicron kini adalah 18 buah.

Beliau berkata jumlah dalam senarai itu bertambah selepas kerajaan Malaysia menarik semula sekatan perjalanan sementara ke atas lapan negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi. 

“Kesemua lapan negara ini kini dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi menjadikan jumlah negara yang berisiko tinggi kini adalah 18 buah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Khairy berkata Kementerian Kesihatan menyarankan agar rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan ke negara terbabit sekiranya tiada keperluan.

Negara lain ialah United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Arab Saudi, Norway, Perancis, Denmark, India, Kanada dan Nigeria.

Beliau turut memaklumkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 366 sampel kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara dari 21 hingga 25 Dis lepas.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 306 menunjukkan berkemungkinan varian Omicron dan kini menunggu keputusan ujian jujukan penuh genom (WGS),” katanya. — BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan