Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mazda keluarkan model baharu BT-50

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 28 Dis : Mazda memperkenalkan model kenderaan pacuan empat roda baharu, BT-50 yang lebih moden dengan ciri-ciri tambahan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Kereta pacuan empat roda dengan lima tempat duduk ini turut dilengkapi dengan tahap keselamatan yang tinggi , warna menarik, reka bentuk unik serta teknologi pemanduan yang lebih cekap daripada Mazda.

Penasihat jualan Mazda Kuching, Kent Li berkata, model terbaharu itu dicipta bagi memenuhi kehendak pelanggan pada masa kini.

“Mazda mahu mengeluarkan kereta yang bukan sahaja dapat digunakan untuk ke tempat kerja tetapi anda juga boleh menggunakannya bagi pemanduan harian.

“Ia merupakan penciptaan kereta berdasarkan gabungan kerja dan gaya hidup,” katanya kepada TVS baru – baru ini.

Antara warna baharu yang ditawarkan ialah rock grey mica, gunblue mica, ice white, red volcano mica dan true black mica.

Model baharu tersebut mempunyai dua jenis varian iaitu varian 3.0L pengecas turbo dan 1.9L pengecas turbo.

Selain itu, Mazda BT-50 lebih menjimatkan minyak kerana enjinnya berupaya menerima semua jenis minyak diesel yang terdapat di Malaysia iaitu diesel gred Euro 5 dan Euro 2M.

“Enjin yang digunakan untuk Mazda BT-50 merupakan enjin hijau yang lebih menjimatkan minyak dan cukai jalannya juga sangat murah,” katanya.

Tambah Kent, model berkenaan juga selesa kerana menawarkan ruang yang lebih luas bagi penyimpanan di bahagian belakang, serba boleh, praktikal dan mempunyai kos pemilikan yang rendah bagi sebuah kereta pacuan empat roda terutamanya untuk pemanduan jarak jauh di Sarawak.

Krew TVS juga diberi kesempatan untuk memandu uji kereta tersebut di Rhino Automart Sdn. Bhd. di Jalan Tun Jugah yang merupakan pengedar rasmi kenderaan Mazda di Kuching.

Katanya lagi, orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan di pusat pengedar rasmi kenderaan Mazda yang berdekatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan